Monday, September 13, 2010

Surat Kiriman Rasmi

Suhailah Binte Anwar
12 Jalan Pari Unak
Singapura 461012


20 Ogos 2010

Pegawai Perhubungan Awam
Perpustakaan Daerah Bedok
31 Bedok Central

Singapura 46031


Tuan
Pengiktirafan Bagi Kemudahan Yang Disediakan

Merujuk kepada perkara di atas,saya ingin memberikan pihak tuan pengiktirafan bagi kemudahan yang disediakan.Selain itu,saya juga ingin mengutarakan beberapa aktiviti untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.
Selanjutnya, perkhidamatan untuk meminjam buku berjalan lancar.Sebagai contoh,kaunter peminjaman pada masa kini menggunakan teknologi yang sedia ada.Jika pada masa dahulu,kita harus beratur untuk mendapatkan keizinan daripada pustakawan untuk meminjam buku itu.Tetapi kini,kita hanya perlu meletakkan buku di atas sebuah papan,masukkan kad peribadi ke dalam lubang yang disediakan dan segala urusan peminjaman telah selesai.Bahkan,kita juga tidak perlu mengelilingi seluruh perpustakaan untuk mencari sebuah buku.Masalah ini telah diselesaikan dengan adanya sebuah komputer yang membolehkan kita untuk mengenal pasti lokasi buku itu.Ternyata,kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari dan meminjam buku dengan adanya kemudahan sebegini disediakan.
Selain itu,perpustakaan mudah dikunjungi oleh orang yang kurang upaya.Sebagai contoh,kini terdapat sebuah lif di dalam perpustakaan dan ini memudahkan orang yang berkerusi roda untuk maniki dari satu tingkat ke tingkat lain tanpa perlu memikirkan keselamatan dirinya. Tambahan lagi,tandas-tandasnya telah diperbesarkan supaya terdapat tandas khas bagi orang kurang upaya untuk digunakan.Lantas,tiada alasan bagi orang kurang upaya untuk tidak mengunjungi perpustakaan kerana terdapat banyak kemudahan bagi mereka.
Seterusnya,kita tidak perlu ke perpustakaan untuk meguruskan hal peminjaman.Sebagai contoh,saya ternampak sebuah poster yang mengatakan bahawa kami boleh membayar saman yang dikenakan oleh pihak perpustakaan dengan hanya menekan butang tetikus.Ini bermakna bahawa kita boleh melakukan pembayaran di mana-mana tempat yang boleh melungsuri lelaman perpustakaan.Bahkan,kita juga boleh memeriksa buku-buku yang terdapat di perpustakaan tertentu dengan melihat katalog buku yang terdapat di lelaman perpustakaan. Oleh itu,kita tidak perlu terburu-buru untuk pergi ke perpustakaan jika kesuntukan masa kerana kita boleh melungsuri lelamannya di rumah sahaja.
Berkaitan itu,terdapat beberapa aktiviti yang dapat memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.Sebagai contoh,pihak tuan boleh menciptakan sebuah kumpulan di Facebook yang dikemaskinikan dengan acara-acara dan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan di perpustakaan. Selain itu,pihak tuan juga boleh menghantarkan seorang wakil ke sekolah-sekolah menengah untuk memberitahu mereka tentang kebaikannya membaca buku.Maka dengan ini,pasti ramai pelajar akan mula membaca.
Akhir kata,saya berharap agar pihak tuan akan terus maju dan mempertimbangkan cadangan yang telah saya ajukan.Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar
ilah
(Suhailah Binte Anwar)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home