Friday, January 30, 2009

Percutian di Jepun!

Salji menjatuhi ke bumi adalah suatu impian bagi saya.Sudah lama saya nantikan saat untuk melihat salji.Namun impian saya menjadi nyata apabila saya pergi ke negeri Jepun ataupun dikenali sebagai Nippon.Saya berdebar-debar di saat tiba di lapangan terbang Narita yang besar dan canggih itu.Kemudian,kami menaiki teksi yang membawa kami ke hotel yang akan kita menginapi di sana iaitu Garden Hotel Narita.Apabila kami tiba di hotel itu,saya kagum melihat hotel itu yang kelihatan sungguh besar,lampunya yang bagaikan lampu istana dan tempat lobinya yang luas.Selepas kami mengambil kunci bilik,kita berehat seketika di bilik yang mempunyai dua katil,kerusi makan dan kerusi dandan,televisyen dan macam-macam lagi kemudahan.

Pada keesokan harinya,kami bercadang untuk pergi menjamu selera di restoran hotel itu yang menyediakan makanan Jepun dan juga Barat pada waktu sarapan pagi.Begitu banyak sekali makanan yang disediakan ala bufet itu.Terdapat sushi,nasi,mi dan macam-macam lagi. Memandangkan ia adalah tradisi mereka untuk makan dengan menggunakan chopstik,saya masih kekok dan mempelajari untuk menggunakannya.Selepas sarapan,saya sekeluarga pergi ke Disneyland untuk pertama kalinya.Ikonnya adalah istana Cinderella dan ia mempunyai banyak tema-tema yang menarik di dalam.Salah satu tema kegemaran saya adalah Tanah Fantasi.Ia mengemukakan banyak watak-watak kartun yang terkenal seperti Mickey Mouse,Stitch dan lain-lain lagi.Memandangkan ia sebuah tempat yang luas,kami mengambil masa hampir sehari untuk berjalan-jalan di situ.

Pada hari terakhir kami di Tokyo,kami ingin menikmati keindahan semulajadi dan oleh itu,kami menikmati pemandangan bunga Sakura yang sungguh indah dan menyenangkan.Kami juga menikmati pemandangan panorama bandar Tokyo yang sungguh sibuk dan bercahaya itu.Untuk mengakhiri perjalanan itu,kami semua membeli belah di sebuah pasar malam yang menjual bermacam-macam barang daripada yang murah ke mahal dan dahulu dan sekarang.Jika diberikan peluang lagi untuk melawat Jepun,saya pasti tidak akan menolakna kerana ia sungguh menarik,berpatutan dan memuaskan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home