Sunday, March 1, 2009

Mimpi Yang Menakutkan

Bunyi pontianak itu mengilai sering terngiang-ngiang di telingaku ini.Aku tidak boleh melupakan bunyi itu selepas menonton sebuah wayang hantu yang bertajuk 'Pontianak Harum Sundal Malam'.Aku sempat membawa kapas telinga untuk menutupi telingaku supaya tidak mendengar bunyinya yang nyaring dan menyerikan itu,tetapi tidak berjaya kerana bunyinya terlalu kuat.Rambut panjang,muka putih melepak,mata terbeliak dan suara yang ngeri itu telah membuat bulu romaku berdiri.

Wayang itu mempunyai impak yang kuat pada aku kerana ia telah menjejas hidup aku.Aku akan berasa ketakutan bila duduk di rumah berseorangan.Disebabkan itu,aku akan keluar ke tempat yang ada banyak orang seperti pusat membeli-belah dan perpustakaan sehingga ibu bapaku pulang daripada tempat kerja.Aku juga tidak dapat tidur nyenyak kerana takut akan termimpikannya lagi.Oleh itu,aku akan tertidur di dalam kelas dan tidak dapat fokus pada pelajaranku.Bila keputusan peperiksaan diumumkan,aku telah gagal beberapa mata pelajaranku.

Aku berasa sungguh kesal kerana tidak dapat fokus pada pelajaranku hanya disebabkan oleh mimpi ngeriku itu.Semenjak hari itu,aku bernekad akan fokus pada pelajaranku dan lupakan mimpiku yang ngeri itu dengan menonton cerita kelakar yang akan mebuatku ketawa dan lupakan kisah silam.Jika ia datang lagi,aku akan membaca surah atau mengerjakan solat.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home