Sunday, March 16, 2008

Cuti Sekolah Penggal 1

Pada cuti sekolah minggu lalu,saya menghabiskan masa dengan keluarga,rakan-rakan.Saya banyak menghabiskan masa dengan ibu saya kerana kita telah pergi bercuti ke Kuala Lumpur selama 5 hari.Pada hujung minggu,saya sekeluarga pergi ke hospital untuk melawat makcik saya yang sakit.

Saya juga menghabiskan masa saya dengan rakan-rakan saya.Kita tidak bertemu tetapi kita berkomunikasi menerusi telefon bimbit ataupun komputer.Kita berbincang tentang projek kita,kerja apa yang harus kita buat dan berkongsi pengalaman cuti sekolah masing-masing.

Pada hari-hari yang lain,saya membuat kerja rumah,kerja sekolah dan bermain komputer pada masa lapang saya.Walaupun saya tidak mempunyai banyak masa untuk menyelesaikan sesetengah kerja sekolah saya,saya akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya.

2 Comments:

Blogger muhammadsyafiee said...

Bagaimanakah perasaan kamu di Kuala Lumpur?? Mesti seronok. Saya tidak pernah ke Kuala Lumpurtetapi saya harap satu hari nanti saya dapat pergi ke Kuala Lumpur.

April 8, 2008 at 7:11 PM

 
Blogger irah said...

Ya,saya berasa sungguh seronok pergi ke Kuala Lumpur.Moga-moga suatu hari nanti kamu dapat pergi ke Kuala Lumpur.

April 10, 2008 at 3:29 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home