Monday, September 13, 2010

Surat Kiriman Rasmi

Suhailah Binte Anwar
12 Jalan Pari Unak
Singapura 461012


20 Ogos 2010

Pegawai Perhubungan Awam
Perpustakaan Daerah Bedok
31 Bedok Central

Singapura 46031


Tuan
Pengiktirafan Bagi Kemudahan Yang Disediakan

Merujuk kepada perkara di atas,saya ingin memberikan pihak tuan pengiktirafan bagi kemudahan yang disediakan.Selain itu,saya juga ingin mengutarakan beberapa aktiviti untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.
Selanjutnya, perkhidamatan untuk meminjam buku berjalan lancar.Sebagai contoh,kaunter peminjaman pada masa kini menggunakan teknologi yang sedia ada.Jika pada masa dahulu,kita harus beratur untuk mendapatkan keizinan daripada pustakawan untuk meminjam buku itu.Tetapi kini,kita hanya perlu meletakkan buku di atas sebuah papan,masukkan kad peribadi ke dalam lubang yang disediakan dan segala urusan peminjaman telah selesai.Bahkan,kita juga tidak perlu mengelilingi seluruh perpustakaan untuk mencari sebuah buku.Masalah ini telah diselesaikan dengan adanya sebuah komputer yang membolehkan kita untuk mengenal pasti lokasi buku itu.Ternyata,kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari dan meminjam buku dengan adanya kemudahan sebegini disediakan.
Selain itu,perpustakaan mudah dikunjungi oleh orang yang kurang upaya.Sebagai contoh,kini terdapat sebuah lif di dalam perpustakaan dan ini memudahkan orang yang berkerusi roda untuk maniki dari satu tingkat ke tingkat lain tanpa perlu memikirkan keselamatan dirinya. Tambahan lagi,tandas-tandasnya telah diperbesarkan supaya terdapat tandas khas bagi orang kurang upaya untuk digunakan.Lantas,tiada alasan bagi orang kurang upaya untuk tidak mengunjungi perpustakaan kerana terdapat banyak kemudahan bagi mereka.
Seterusnya,kita tidak perlu ke perpustakaan untuk meguruskan hal peminjaman.Sebagai contoh,saya ternampak sebuah poster yang mengatakan bahawa kami boleh membayar saman yang dikenakan oleh pihak perpustakaan dengan hanya menekan butang tetikus.Ini bermakna bahawa kita boleh melakukan pembayaran di mana-mana tempat yang boleh melungsuri lelaman perpustakaan.Bahkan,kita juga boleh memeriksa buku-buku yang terdapat di perpustakaan tertentu dengan melihat katalog buku yang terdapat di lelaman perpustakaan. Oleh itu,kita tidak perlu terburu-buru untuk pergi ke perpustakaan jika kesuntukan masa kerana kita boleh melungsuri lelamannya di rumah sahaja.
Berkaitan itu,terdapat beberapa aktiviti yang dapat memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.Sebagai contoh,pihak tuan boleh menciptakan sebuah kumpulan di Facebook yang dikemaskinikan dengan acara-acara dan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan di perpustakaan. Selain itu,pihak tuan juga boleh menghantarkan seorang wakil ke sekolah-sekolah menengah untuk memberitahu mereka tentang kebaikannya membaca buku.Maka dengan ini,pasti ramai pelajar akan mula membaca.
Akhir kata,saya berharap agar pihak tuan akan terus maju dan mempertimbangkan cadangan yang telah saya ajukan.Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar
ilah
(Suhailah Binte Anwar)

Thursday, April 16, 2009

Reviu bagi Pantun Berkumpulan

Kumpulan Umaimah:
Pada pendapat saya,pantun kamu bagus cuma ada beberapa stanza yang tidak berrima.Irama lagu yang kamu pilih juga sesuai dengan pantun yang kamu buat.Ramalan Markah:
Nilai Hiburan:5/10
Nyanyian: 6/10
Isi Puisi(Rima,Ansonansi,Mesej,Rentak): 21/30

Saturday, March 21, 2009

Jumaat
Pada hari ini,saya tidak ke mana-mana.Hanya tinggal di rumah setelah kepenatan pulang daripada penerbangan.Sekarang,saya sedang membuat kerja rumah saya.Itu sahaja:)

Khamis
Saya baru sahaja pulang daripada percutiaan saya ke Hong Kong.Setelah seminggu bercuti dan bergembira,sekarang tiba saatnya untuk membua kerja sekolah yang bertimbun-timbun.

Sunday, March 1, 2009

Mimpi Yang Menakutkan

Bunyi pontianak itu mengilai sering terngiang-ngiang di telingaku ini.Aku tidak boleh melupakan bunyi itu selepas menonton sebuah wayang hantu yang bertajuk 'Pontianak Harum Sundal Malam'.Aku sempat membawa kapas telinga untuk menutupi telingaku supaya tidak mendengar bunyinya yang nyaring dan menyerikan itu,tetapi tidak berjaya kerana bunyinya terlalu kuat.Rambut panjang,muka putih melepak,mata terbeliak dan suara yang ngeri itu telah membuat bulu romaku berdiri.

Wayang itu mempunyai impak yang kuat pada aku kerana ia telah menjejas hidup aku.Aku akan berasa ketakutan bila duduk di rumah berseorangan.Disebabkan itu,aku akan keluar ke tempat yang ada banyak orang seperti pusat membeli-belah dan perpustakaan sehingga ibu bapaku pulang daripada tempat kerja.Aku juga tidak dapat tidur nyenyak kerana takut akan termimpikannya lagi.Oleh itu,aku akan tertidur di dalam kelas dan tidak dapat fokus pada pelajaranku.Bila keputusan peperiksaan diumumkan,aku telah gagal beberapa mata pelajaranku.

Aku berasa sungguh kesal kerana tidak dapat fokus pada pelajaranku hanya disebabkan oleh mimpi ngeriku itu.Semenjak hari itu,aku bernekad akan fokus pada pelajaranku dan lupakan mimpiku yang ngeri itu dengan menonton cerita kelakar yang akan mebuatku ketawa dan lupakan kisah silam.Jika ia datang lagi,aku akan membaca surah atau mengerjakan solat.

Wednesday, February 4, 2009

Sambutan Tahun Baru Cina

Membersih dan menghiasi rumah,membeli baju baru dan menyediakan makanan yang cukup untuk sekurang-kurangnya dua minggu.Itu adalah beberapa persediaan bagi orang Cina sebulan sebelum mereka menyambut Tahun Baru Cina.Perhiasan rumah mereka amat simbolik dengan banyak perkataan yang membawa tuah,lukisan yang telah dicetak dan warna merah di mana-mana.Bagi budak kecil pula,mereka sibuk membeli-belah untuk bermacam-macam jenis bunga api dan juga mercun.Ia juga sudah menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk menggunting rambut sebelum Tahun Baru Cina supaya mereka kelihatan baharu dan segar di tahun yang baru.Sehari sebelum Tahun Baru Cina,ia adalah masa untuk bersama keluarga.Mereka kemudian mempunyai makan malam yang paling gah untuk tahun itu dan juga penuh dengan pengertian simbolik.Jamuan mereka terdiri daripada ikan dan lain-lain lagi.

Hari pertama Tahun Baru Cina dianggap sebagai hari bagi mengundang dewi-dewi dari kayangan dan bumi.Ia juga adalah hari apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling tua dalam seluruh keluarga mereka yang selalunya adalah datuk,nenek ataupun moyang.Tarian singa juga kadang-kadang dijemput oleh keluarga tertentu sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Pada hari yang ke-lima belas pula adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina.Ia diraikan sebagai Chap Goh Mei.Pesta itu disambut dengan mengadakan upacara sembahayang secara besar-besaran,di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar dengan keluarga.Ia juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secocok.Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

Friday, January 30, 2009

Percutian di Jepun!

Salji menjatuhi ke bumi adalah suatu impian bagi saya.Sudah lama saya nantikan saat untuk melihat salji.Namun impian saya menjadi nyata apabila saya pergi ke negeri Jepun ataupun dikenali sebagai Nippon.Saya berdebar-debar di saat tiba di lapangan terbang Narita yang besar dan canggih itu.Kemudian,kami menaiki teksi yang membawa kami ke hotel yang akan kita menginapi di sana iaitu Garden Hotel Narita.Apabila kami tiba di hotel itu,saya kagum melihat hotel itu yang kelihatan sungguh besar,lampunya yang bagaikan lampu istana dan tempat lobinya yang luas.Selepas kami mengambil kunci bilik,kita berehat seketika di bilik yang mempunyai dua katil,kerusi makan dan kerusi dandan,televisyen dan macam-macam lagi kemudahan.

Pada keesokan harinya,kami bercadang untuk pergi menjamu selera di restoran hotel itu yang menyediakan makanan Jepun dan juga Barat pada waktu sarapan pagi.Begitu banyak sekali makanan yang disediakan ala bufet itu.Terdapat sushi,nasi,mi dan macam-macam lagi. Memandangkan ia adalah tradisi mereka untuk makan dengan menggunakan chopstik,saya masih kekok dan mempelajari untuk menggunakannya.Selepas sarapan,saya sekeluarga pergi ke Disneyland untuk pertama kalinya.Ikonnya adalah istana Cinderella dan ia mempunyai banyak tema-tema yang menarik di dalam.Salah satu tema kegemaran saya adalah Tanah Fantasi.Ia mengemukakan banyak watak-watak kartun yang terkenal seperti Mickey Mouse,Stitch dan lain-lain lagi.Memandangkan ia sebuah tempat yang luas,kami mengambil masa hampir sehari untuk berjalan-jalan di situ.

Pada hari terakhir kami di Tokyo,kami ingin menikmati keindahan semulajadi dan oleh itu,kami menikmati pemandangan bunga Sakura yang sungguh indah dan menyenangkan.Kami juga menikmati pemandangan panorama bandar Tokyo yang sungguh sibuk dan bercahaya itu.Untuk mengakhiri perjalanan itu,kami semua membeli belah di sebuah pasar malam yang menjual bermacam-macam barang daripada yang murah ke mahal dan dahulu dan sekarang.Jika diberikan peluang lagi untuk melawat Jepun,saya pasti tidak akan menolakna kerana ia sungguh menarik,berpatutan dan memuaskan.