Tuesday, August 12, 2008

Sambutan Hari Kebangsaan Dengan Sentuhan Budaya Melayu

Pada hari Jumaat lepas,sekolah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan.Ada bermacam-macam jenis persembahan yang ditunjukkan yang melambangkan budaya-budaya di Singapura.Persembahan yang melambangkan budaya Melayu adalah dikir barat dan tarian.

Pakaian yang dipakai oleh kumpulan dikir barat menggambungkan beberapa jenis pakaian iaitu baju kemeja,seluar jeans,kain samping dan tanjak.Persembahan mereka sungguh menakjubkan kerana berbagai-bagai jenis bangsa membuat persembahan itu terutama Melayu dan Cina.Lagu yang dipilih sungguh kreatif kerana mereka seperti menceritakan tentang Singapura dan juga kompang dimainkan oleh mereka.Senikata lagunya juga sungguh bermakna.Saya berasa sungguh gembira melihat persembahan yang menarik itu.

Pakaian yang dipakai oleh penari-penari itu datang daripada berbagai-bagai jenis bangsa di Singapura seperti Melayu,Cina dan India.Persembahan mereka menunjukkan keharmonian kaum di Singapura ini.Lagu yang dipilih daripada mereka juga adalah lagu kebangsaan bangsa-bangsa yang di Singapura ini.Makna senikata lagunya ditarikan oleh penari-penari itu.

Pada pendapat saya,ini adalah masa yang tepat dan cara yang baik untuk mengetengahkan budaya Melayu dengan menunjukkan kepada bangsa-bangsa lain tentang budaya Melayu kita.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home