Thursday, October 16, 2008

Perasaan Dan Pengalaman Saya Mengunjungi Pusat Makanan Yang Saya Suka

Setiap kali pulang dari sekolah,ia adalah suatu kemestian untuk saya mengunjungi pusat makanan yang saya suka lebih-lebih lagi dengan perut yang kelaparan.Pusat makanan yang saya maksudkan adalah Banquet di Eastpoint Mall.
Saya selalu pergi ke tempat itu antara 1 petang hingga 3 petang.Suasananya sungguh riuh-rendah kerana ada ramai orang yang mengunjungi tempat itu.Mereka terdiri daripada golongan pekerja-pekerja yang sedang menikmati waktu rihat mereka dan juga pelajar-pelajar yang baru pulang dari sekolah.Kadangkala,suasana di situ sungguh bising kerana ada banyak komunikasi di antara satu sama lain pada waktu yang sama.Adakalanya juga sunyi sedikit kerana semua sedang menikmati makanan yang sedap.Apabila perut berasa lapar,bila terhidu aroma masakan di situ,ia akan membuat saya berasa tidak sabar untuk merasanya.Dengan keadaan yang sesak begitu,kelihatan ada beberapa orang yang bergaduh kerana merebutkan tempat duduk,termasuk saya juga.Berbagai-bagai ragam manusia yang boleh saya lihat di stu.
Saya berasa sungguh gembira mengunjungi pusat makanan itu apabila suasana di situ tidak riuh Prendah kerana saya boleh menikmati makanan saya dengan tenang dan sunyi.Apabila suasana di situ riuh-rendah,saya berasa kurang selesa kerana ia menganggu saya yang sedang sedap menikmati makanan itu.Walaupun berbagai-bagai pengalaman yang saya telah lalui seperti bergaduh kerana tempat duduk,saya tetap suka mengunjungi pusat makanan itu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home