Wednesday, April 2, 2008

Persediaan Saya Menjelang Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 akan bermula pada 25 April iaitu dalam masa 24 hari lagi.Saya berasa sungguh gementar dan takut menantikan hari pertama peperiksaan dimula.

Subjek-subjek yang belum saya bersedia adalah Sains, Matematik,Ilmu Alam,Sejarah dan Seni Lukis. Subjek-subjek yang saya sudah sedia adalah Bahasa Melayu dan ahasa Inggeris.

Jadual mengulangkaji saya adalah saya akan menghabiskan 2 jam setiap hari untuk megulangkaji satu unit buat suatu subjek.Jadual ini sungguh penting kerana ia akan membuat kita lebih memahami subjek itu dan ia juga menyediakan kita untuk menduduki peperiksaan itu dengan lebih konfiden.

Cara mengulangkaji saya adalah dengan membaca suratkhabar untuk membaiki subjek Bahasa Melayu dan Inggeris.Saya harus membuat lebih latihan untuk subjek Sains dan Matematik supaya saya lebih memahaminya.Saya harus melukis lebih banyak untuk membaiki subjek Seni Lukis saya.Untuk subjek-subjek yang lain,saya harus membuat nota-nota supaya senang untuk dipelajari.

Azam saya ialah saya ingin lulus dan mendapat gred C5 untuk subjek Matematik.Saya ingin mendapat A1 untuk Bahasa Melayu dan A2 untuk Sains. Untuk subjek-subjek lain,saya ingin mendapat gred B atau C tetapi saya tidak mahu gagal semua subjek saya.Keyakinan diri saya buat masa ini adalah sederhana.